REBUT GANJARAN BERGANDA DI BULAN RAMADAN DENGAN BERINFAQ UNTUK PEMBINAAN BAHARU BAGI MASJID KARIAH PEKAN BANGI
Sejak tahun 1972, Masjid Kariah Pekan Bangi (MKPB) telah menjadi saksi bagi setiap sujud dan doa ribuan jemaah. Namun kini, masjid ini semakin sesak. Setiap Jumaat, ramai jemaah terpaksa solat di bawah kanvas dan berhimpit-himpit. Demi generasi akan datang, kita perlu membina masjid baharu yang lebih selesa, sesuai untuk menampung ribuan jemaah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang membina sebuah masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga."
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
15,000,000
1,806,285
13,193,715
KEUZURAN MASJID
Kos Penyelenggaraan yang Tinggi Menjadi Beban
Setelah 50 tahun menjadi tempat sujud ribuan jemaah, kos penyelenggaraan MKPB yang semakin tinggi menjadi cabaran besar untuk memastikan masjid ini kekal selamat dan selesa untuk digunakan oleh masyarakat.
KEUZURAN MASJID
Keperluan Pembinaan Masjid Baharu
Keadaan ini menyedarkan kita bahawa pembinaan masjid baharu bukan lagi pilihan, tetapi keperluan mendesak. Masjid ini adalah rumah Allah yang perlu terus memberi keberkatan dan keselesaan kepada umat Islam.
“Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki dan rahmat-Mu seluas-luasnya kepada para penginfaq masjid ini. Jadikanlah mereka dalam kalangan hamba-Mu yang dicintai, dan tanamkan pahala ini sebagai amal jariah yang tidak putus-putus hingga hari akhirat.”
KEUZURAN MASJID
Ruang Solat Tidak Mencukupi untuk Jemaah
Masjid Kariah Pekan Bangi (MKPB) kini menghadapi kesulitan dalam menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Setiap Jumaat, ramai jemaah terpaksa solat di atas kanvas akibat ruang yang terhad.
KEUZURAN MASJID
Keperluan Utama untuk Masjid Baharu
Pembangunan 1,200 rumah baru di kawasan ini akan meningkatkan jumlah jemaah, menjadikan masjid semakin sesak. Masjid baharu yang lebih besar dan selesa menjadi keperluan untuk komuniti setempat.
Setiap Infaq anda hulurkan hari ini, adalah saham akhirat yang kekal abadi. Selagi rumah Allah ini dimakmurkan oleh para jemaah yang beribadah, pahala anda juga akan terus mengalir tanpa henti.
SURAT PENDAFTARAN MASJID KARIAH PEKAN BANGI
SURAT KELULUSAN PEMBINAAN MASJID KARIAH PEKAN BANGI
AKTIVITI MASJID
Kuliah Maghrib Setiap Hari
Masjid Kariah Pekan Bangi mengadakan kuliah Maghrib harian yang membincangkan pelbagai topik agama, bertujuan meningkatkan pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan jemaah.
AKTIVITI MASJID
Majlis Qurban
Menganjurkan majlis qurban sempena Hari Raya Aidiladha, membolehkan jemaah melaksanakan ibadah qurban dan mengagihkan daging kepada golongan memerlukan.
AKTIVITI MASJID
Maulidur Rasul
Menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan ceramah, selawat, dan perarakan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW serta meneladani akhlak baginda.
AKTIVITI MASJID
Agihan Bantuan Asnaf
Komited dalam mengagihkan bantuan kepada asnaf melalui program zakat, memastikan kebajikan golongan fakir dan miskin sentiasa terpelihara.
AKTIVITI MASJID
Sukan Masjid
Kami menganjurkan pelbagai aktiviti sukan seperti ping-pong untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim antara jemaah.
MASJID KARIAH PEKAN BANGI
Infaq Masjid Kariah Pekan Bangi
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)
Disclaimer Masjid Kariah Pekan Bangi | 019-358 2176 |
This website is not related in any way possible with FACEBOOK. Inc. This site is also not endorsed by META. This “link” is also not affiliated or has any correlations in any way possible with TIKTOK. TIKTOK does not sponsor, endorse nor they do approve of anything mentioned inside this site. The contents of this site are respectively a trademark and copyrighted by respective owner. “Facebook” or FB is a registered trademark of Facebook.com whereas “TikTok” is a registered trademark of tiktok.com . Any data received via this site will be 100% used and managed by “ Masjid Kariah Bangi” . The datas will not be shared and given to any unauthorized party or any third party without the permission of the respective owner